Saya dilahirkan di Kg Banggol Batu, Lenggong Perak pada 3 hb Oktober 1956. setahun sebelum hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Kg Banggol Batu ialah sebuah kampung kecil selepas Kg Banggol Belimbing di tepi jalan antara Pekan Lenggong ke Kuala Kangsar..
Emak saya bernama Halimah Shaari berketurunan Kedah (bapa) dan Banjar (ibu). Abah saya Omar b Mat (Murshid) berketurunan Jawa yang migrate daripada Indonesia. Menurut emak, saya dilahirkan di waktu tengahmalam dalam kedaan hujan lebat. Saya lahir tidak cukup bulan (premature baby) tanpa di sambut oleh bidan (born before arrival) dan tanpa abah kerana beliau pergi menjemput bidan kampung beberapa kilometer dari rumah saya. Masa tu mana ada Klinik Desa atau bidan kerajaan. Bidan kampung yang datang selepas itu memotong pusat dan memandikan saya. Alhamdulillah, walaupun kelahiran dan penjagaan saya dibuat secara tradisional, saya masih survive sehingga hari ini.
Setelah berumur 3 bulan, keluarga saya berpindah ke Teluk Anson (Teluk Intan) iaitu. kampung asal abah saya.
| Menara Condong Teluk Anson (Teluk Intan) |
| Pekan kecil Lenggong, Perak. |
No comments:
Post a Comment