Jam 8.30 pagi, 15 hb Mac, 2012. Sedang bersarapan dengan Dr Jack di kedai mamak di hadapan Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar, KL sementara munggu mesyuarat berkaitan 1care di Institut Pengurusan Kesihatan. dapat SMS mengatakan Dr Rosnah bekas pengarah kesihatan Negeri Pahang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi tadi setelah menghidap penyakit kanser sejak tahun lepas. memang sudah lama tidak bertemu dengan Allahyarhammah.
Saya kenal Dr Rosnah begitu lama. Kami sama-sama menjadi Pegawai Kesihatan Daerah. Saya di Seremban dan beliau di Alor Gajah dan Melaka Tengah. Selepas itu beliau menjadi Timbalan Pengarah Kesihatan Melaka dan saya sebagai Timbalan pengarah Kesihatan Negeri Sembilan. Kemudian selepas beliau menjadi Pengarah Pahang, saya pula mengambil tempat beliau sebagai Pengarah Negeri Sembilan.
Dr Rosnah adalah seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang sangat komited, berdidikasi dan dinamik. Walaupun semasa di daerah dan negeri, beliau banyak memberi buah fikiran dan pandangan dalam meningkatkan profesion ini. Belaiu juga terlibat dalam gerakan menjadikan PPKA sebagai pakar dan mendapat elaun penuh sejak dari awal lagi.
Selain dari itu belaiu terkenal dengan semangat membimbing dan membuat perubahan dan inovasi dalam sistem kesihatan negara ini. semasa belaiu menjadi Pengarah Kesihatan Negeri , belaiu banyak membantu memperkukuhkan program kesihatan awam di samping program-program baru seperti Kawalan NCD dan healthy city.. Malah kami sering bertukar-tukar pandangan dalam memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan tahap profesionalisma PPKA.
Pemergian beliau dalam usia yang muda sangat di rasai oleh pelbagai golongan staf di KKM dan juga di negeri-negeri di mana beliau pernah berkhidmat. Semoga perjuangan beliau dapat diteruskan oleh generasi pelapis hari ini. Kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya dan menempatkan di kalangan roh orang-orang Soleh. Alfatihah.
No comments:
Post a Comment